Alahai Sayang

budak hitam

Kambing

Assalammualaikum guys..

amboi tajuk aku ' kambing ' .. siapa sebenarnya kambing ni ? wohhhooooiiiii kau ke aku yang kambing?

haha..actually, di sebabkan family ain memang suka gileeee makan kambing ni . so dapat idea nak research sikit pasal kebaikan makan kambing ni atau nama omputihhh nya 'lamb'..huuhh cakap omputihhh..berpeluh plakk..hehee..

dulu lah..time raya je confirm akan buat kambing bakar @ kambing panggang ni . first time try makan dulu memang sakit kepala , macam nak pitam bakkk hangg . gile engko makan kambing sakit kepala,sah ada darah tinggi aku ni kan? tapi bile rasa sekali cam sedap plak..amek sekali lagi cicah plak dengan sambal kicap @ air asam...perrggghhh memang sedapp sampai menjilat jari kaki * tipu lah tu kan sampai jilat jari kaki.

lama-lama ain dah boleh terima dengan kambing ni..sedap kemain lagi...abi memang selalu jugak lah dulu-dulu buat lamb chop,sedappppp...okey..okey..sekarang berbalik pada apa yang sebenarnya nak dikongsikan dengan korang . okey ! lets start 

Kebaikan :

1. Kajian ACES berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging yang dihasilkan oleh kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik.

  • kolesterol rendah - kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.
  • lemak rendah - Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).

  • kalori rendah - Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).

  • lemak tidak tepu - kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain, ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.

  • asid amino -  sebagai sumber protein ideal ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.
Jika amalkan makan kambing ni,ni lah kebaikan dia :

1. Baik untuk jantung 
2. Mencantikkan kulit ( boleh putihkan kulit taw )
3. Meningkatkan rasa kasih dan sayang ( berkaitan dengan darah jugak lah )

info lain korang boleh rsearch sendiri...kikikiki....
selamat menjamu selera.



ok lah..adik ain dah merengek kat bawah nak ajak main...choooowww duluuuu...




OKEY @ AWAS ! ! REVIEW PRODUK CPVE

Assalammualaikum wahai pembaca tegar blog sekalian...haha..takut tak baca kita punya tajuk entry kali ni ? *baik korang cakap takut,kalau tak gigit nanti ..

first of all , korang tahu kan sekarang tengah HOT tentang produk kecantikan yang belambak lambak dekat market kan... perempuan-perempuan yang nak cantik tu cepattt je kan...kononnya nak nampak cantik,nak putih gebu, yelahhh gila lah kalau ada perempuan yang tak nak cantik..haha pantang nampak produk baru sikit teros grab kan! baik korang mengakuuu

okeyy.. balik pada entry ain tu balik PRODUK CPVE ?? apa bende tuh ? ini adalah sejenis produk kecantikan produk collagen plus vitamin e dari indonesia kata sesetengah blogger.. ain pon tak berapa nak tahu sangat asal dari mana produk ni..sebenarnya ain pon pakai produk ni koootttt... hahaha *tutopmukaoiiiiiii.. tu lah nak cantik lagi , nak putih ,dengar cakap kawan lah apa lah..len kali cari tahu sikit pasal produk yang nak pakai tu..jangan cepat sangat nak cantik..

okey ain dah buat review dekat dua blog..dua dua blog ni cerita pasal keburukan penggunaan cpve ni..

testimoni diri sendiri tapi tak de gambar , sorry ! ( 3 bulan pakai )
 
Kebaikan :

1. memang rasa best gila,tak payah pakai bedak or what so ever nak cover2 parut2 ke kat muka,pakai pcve dah cukup cantik
2. tone kulit dah sekata , tak macam dulu .. nampak ketara sangat tak sekata tu.
3. lebih selesa bila pakai .. tak nampak macam pakai krim kecantikan yang tebal macam opera china tu
4. jerawat dekat dahi hilanggg oiiiiii *bangga gileerrr

Keburukan : ( stop pakai sehari )

1. ada jerawat-jerawat kecil naik kat muka

ok..itu testimoni diri sendiri lahhh... okeyy memang banyak kebaikan dari keburukan.. tapi selain pakai cpve ni ain ada ambil supplement lain lagi..tak mustahil itu dari effect supplement lain tu juga.

sekarang memang dah stop pakai cpve ni sebab takot gila bila baca blog-blog lain yang cakap tak selamat pakai cpve ni sebab ade mercury 

 mercury tu apa? yang ain tahu itu adalah sejenis cecair logam perak . ain pon tak berapa paham.okey,jika mercury terlalu lama dalam kulit kita maybe akan menyebabkan kanser,kehitam hitaman,dan melambatkan pertumbuhan janin..okeyyy..itu sikit je sebenarnya..banyak lagi..nanti korang baca sendiri lah..

nak kan kepastian lagi korang boleh baca blog ni.( ada keburukan dan kebaikan ) korang berhak membuat keputusan sendiri!


1. neesa


peringatan untuk kaum hawa : setiap hawa ada keistimewaan sendiri , bersyukur apa yang kita miliki sekarang , tak salah nak cantik tapi jangan sampai memudaratkan diri ..
kita sama-sama cantik di sisi Allah jika adanya iman..



sekian .. jangan lupa lawat ig : haqitarunnia_3110